26.12.14

Kembali Setelah 4 tahun!

Masa begitu cepat berlalu, setelah 4 tahun muncul pula rasa ingin kembali berblog tetapi dengan misi yang berbeza! Nantikan!

4 tahun itu bukanlah lama tetapi banyak kisah susah-senang-gembira-sedih yang saya harungi. 

Gembira hari ini kerana telah cuba untuk kembali!

26 Disember 2014



6.3.10

Sahabat Tersayang Allahyarhamah Farah Zuria Zulkifili 30.5.1985-14.02.2005


27 Februari 2010, berjaya juga akhirnya saya menziarah kubur sahabat yang paling saya sayangi,

                                             Allahyarhamah Farah Zuria binti Zukifili

Terima kasih kepada keluarga allahyarhamah yang sempat meluangkan waktu untuk membawa saya dan seorang lagi sahabat baik arwah, Diyana (yang kini telah menjadi salah seorang sahabat baik saya juga) untuk menziarahi kubur arwah.

Sesungguhnya sampai saat ini, saya masih amat merinduinya.

Allahyarhamah merupakan satu-satunya sahabat paling baik yang pernah saya ada dan tiada galang gantinya. Saya akui ketiadaannya sejak 14 Februari 2005 meninggalkan kesan paling besar dalam hidup saya, seolah-olah separuh jiwa saya kosong dan mengambil masa yang lama untuk menerima takdir atas pemergiannya. 

Kini setelah 9 tahun berlalu, saya redha dan tahu Allah swt lebih menyayanginya. 

Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmatNya.

al-Fatihah selalu untukmu, Farah.

26 Disember 2014